JANUARI 2024

GPS Sifatkan Langkah Dubai Buang Masa, Terkejut Nama Dikaitkan - Abang Johari


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui Langkah Dubai sebagai tindakan membuang masa.

"Buang masa yang itu, setahun (sudah penubuhan Kerajaan Perpaduan)," menurut Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau juga hairan dan terkejut membaca namanya dimasukkan dalam Langkah Dubai dan ditawarkan jawatan Perdana Menteri.

"Saya terkejut baca juga mereka tawar saya Perdana Menteri, kita lihat ukuran baju kita sendiri, kita pakai baju ukuran ini, ukuran ini sahajalah," katanya selepas mengadakan lawatan ke Dataran Ibu Pertiwi di sini.

Sehubungan itu, Abang Johari menegaskan GPS yang kini semakin mendapat sokongan tidak akan mudah diperbodohkan.

Beliau berkata, GPS sebaliknya akan terus fokus kepada ekonomi dan menambah pendapatan Sarawak.

Selain itu katanya, mementingkan kestabilan Kerajaan Malaysia bagi menarik pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan rakyat.

Sumber dari : Jiwa Bakti